Thursday 17 December 2015

ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

1.0  PENGENALAN

Literasi matematik ialah bagaimana pelajar mengakses matematik melalui bahasa, dan dengan peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Rangka kerja PISA mentakrifkan literasi matematik sebagai: ... Keupayaan individu untuk mengenal pasti dan memahami peranan yang dimainkan oleh matematik di dunia , untuk membuat pertimbangan yang berasas dan untuk menggunakan serta melibatkan diri dengan matematik dengan cara yang memenuhi keperluan dalam kehidupan individu sebagai warganegara yang konstruktif, mengambil berat dan reflektif.
( Thomson, Cresswell & De Bortoli , 2004)

Matematik merupakan bahasa, walaupun secara teknikal ianya bukanlah bahasa semulajadi manusia tetapi ianya berbentuk formal, iaitu, bahasa binaan atau buatan manusia sendiri. Kita menggunakan bahasa harian untuk mengajar bahasa Matematik. Kita menghadapi masalah apabila kata-kata teknikal yang kita gunakan bagi sebahagian bahasa matematik bercanggah dengan pemahaman setiap hari. ( Gough 2007).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum atau kita kenali sebagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia menjadikan pelajar daripada kaum  Cina dan India kadangkala sukar menterjemahkan kepada maksud yang yang mereka fahami. Ianya menjadi lebih parah apabila sebilangan daripada mereka tidak tahu membaca dan buta huruf.


2.0  BEBERAPA ISU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA DAN LITERASI DALAM MATEMATIK YANG TELAH DIKENAL PASTI :

Isu yang berkaitan dengan Bahasa dan literasi dalam matematik dapatlah diringkaskan seperti berikut:
i)               simbol-simbol khusus dan ungkapan dalam bahasa matematik.
-       simbol-simbol khusus serta  ungkapan dalam bahasa matematik menjadikan pelajr sukar mentafsir maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru.
ii)             penggunaan istilah bahasa harian yang  berbeza maksud di dalam kelas matematik
-       Istilah Matematik pada kebiasaannya diterjemahkan daripada perkataan dalam bahasa Inggeris. Contohnya perkataan 'change' memberi maksud yang khusus dalam matematik tetapi dalam kehidupan seharian ianya membawa maksud yang tidak sama. Ini menyebabkan penggunaan isilah di dalam bahasa Inggeris menjadikan pelajar keliru sekiranya diguna pakai di dalam bilik darjah.
iii)           penyelesaikan masalah matematik berayat
-       seperti yang kita sedia maklum soalan matematik yang mempunyai ayat yang panjang merupakan soalan yang menyebabkan pelajar terbeban dan tidak mahu menjawab soalan ini.
iv)            komunikasi di dalam kelas matematik.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Namun kadangkala pelajar daripada kaum lain berasa sukar untuk berkomunikasi dengan kaum Melayu akibat daripada tahap penguasaan yang lemah dalam Bahasa Melayu.


3.0  BENTUK LITERASI BERKAITAN DENGAN MEMBACA DAN MENTAFSIR TEKS MATEMATIK, DAN MENGENAL PASTI BEBERAPA TUNTUTAN LITERASI TERTENTU:

Bentuk literasi berkaitan dengan membaca dan mentafsir teks matematik dan mengenalpasti beberapa tuntutan literasi tertentu dapatlah diringkaskan seperti berikut:
i)               perkataan yang digunakan dalam konteks istilah matematik tertentu, termasuk istilah seperti tessellation, dan kata-kata yang wujud di sekolah matematik dan juga di dunia luar sekolah
ii)             Istilah spatial (contohnya: di atas, mendatar)
iii)           ungkapan ringkas dan tepat dalam matematik yang boleh melibatkan ketumpatan leksikal yang ketara
iv)            masalah perkataan yang mewujudkan kerumitan melalui penstrukturan semantik daripada soalan-soalan dan bukannya matematik.
(Zevenbergen, 2001)

3.1  Istilah yang berbeza dalam maksud antara konteks di luar sekolah dan di dalam bilik darjah mewujudkan ketidakpastian atau kekaburan

Contoh perkataan yang mampu membawa pehaman yang berbeza sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
T: Can you calculate the volume of this box?
S: um .. [pause] .. no [has a puzzled look]
T: Do you know what volume is?
S: Yes, it is the button on the TV.
a)              Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu menjadikan ianya susah difahami kerana memberi makna berganda.
b)             Bahasa matematik termasuk banyak perkataan yang bunyinya sama seperti kata-kata dengan makna berlainan(atau homophones )
c)              Banyak kata-kata yang mempunyai ejaan perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi mempunyai makna yang berbeza dalam istilah matematik
Mathematical term
Homophonic partner
Arc
Ark
chord
Cord
mode
Mowed
Pi
Pie
plane
Plain
serial
Cereal
Sine
Sign
Sum
Some

Adams, Thanagata & King, 2005

3.2  Perkataan yang digunakan untuk empat operasi utama matematik.

Tout (1991), menyatakan bagaimana analisis perkataan dan frasa yang digunakan untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian menunjukkan kesukaran bagi menyelesaikan masalah dan mentafsir situasi dalam kehidupan sebenar.
Contoh:
a.     Terminologi boleh bertindih di antara beberapa operasi matematik.
The phrase ‘how many’ is commonly used to indicate division as in ‘how many fives in 25?’ But what about ‘how many are there between 5 and 25? Or ‘how many are five 25s?’ ‘How many’ can be used for any operation, but many students recognise it as division.

b.     Selain daripada itu, masalah lain ialah penggunaan pelbagai terminologi dan kata kunci dalam sesuatu operasi.
Contohnya penolakan. Selain daripada perkataan penolakan, terdapat banyak kata kunci yang memerlukan kita menyelesaikan soalan menggunakan penolakan seperti kurang, di antara, singkirkan, kurangkan, diskaun, diambil dan lain-lain lagi.
(Tout, 1991)

3.3  Masalah Matematik Berayat

Pengetahuan matematik boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Ianya menjadi masalah sekiranya pelajar terdiri daripada mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Terdapat tujuh kategori kesilapan dalam aturan yang berkaitan dengan penyelesaian masalah iaitu:
a.     membaca
b.     kemahiran kefahaman
c.     transformasi
d.     proses
e.     pengekodan
f.      kecuaian
g.     kurangnya motivasi
                                                                                                            ( Newman, 1977)

Zevenbergen (2001) menyatakan sebahagian besar penyelidikan dilaksanakan adalah tentang masalah matematik berayat. Tiga masalah utama dikenal pasti:
a.     Menukar soalan
Soalan-soalan ini melibatkan proses di mana terdapat sesuatu peristiwa yang akan  mengubah kuantiti.
b.     Menggabungkan soalan
Ini berkait dengan keadaan statik di mana terdapat dua jumlah. Ini dianggap sama ada sebagai entiti berasingan atau berkaitan antara satu sama lain.
c.     Bandingkan soalan
Ini melibatkan perbandingan dua jumlah dan perbezaan antara mereka.

Menurut Martiniello (2008), beliau mengesahkan betapa pentingnya kemahiran bahasa untuk memahami dan menyelesaikan masalah matematik dalam penilaian yang berskala besar.

Oleh itu, pengajaran matematik tidak lagi boleh dianggap sebagai berasingan daripada pengajaran bahasa. Penyelidikan ke atas persepsi guru telah mendapati beberapa percanggahan dalam cara guru memberikan arahan matematik (tidak berkaitan dengan bahasa) dan jenis penilaian matematik yang mereka gunakan di dalam kelas mereka (penggunaan bahasa yang beraras tinggi). Guru perlu menyediakan ‘scaffolding’ linguistik yang berterusan serta menggalakkan pembangunan kemahiran membina makna matematik murid.

3.4  Cara menangani masalah ini

Penting bagi pelajar untuk diberi peluang dalam kemahiran melihat, mendengar, menggunakan dan menulis kosa kata matematik. Pelajar di semua peringkat memerlukan peluang untuk mentafsir terminologi yang wujud di dalam matematik dalam cara yang mereka memahami. Selain itu, pelajar perlu dibantu dalam membina kemahiran visual dengan menggalakkan mereka menggunakan gambar dan gambar rajah untuk membantu memahami bahasa matematik.

4.0  MASALAH BAHASA PENGHANTAR DI NEGARA MALAYSIA

Sudah jelas diketahui bahawa di Malaysia masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dan pelbagai sumber menjadi punca wujudnya masalah penghantar dalam pengajaran Matematik.

Pengenalan PPSMI iaitu pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya banyak perdebatan. Ianya kemudiannya dimansuhkan secara softlanding. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu atau Bahasa ibunda kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan untuk memastikan sumber tenaga manusia yang wujud pada masa akan datang sedia untuk bersaing dalam era globalisasi yang penuh cabaran.

Seperti yang diketahui ramai, Sains dan Matematik menjadi bidang asas dan berperanan penting dalam kemajuan sesebuah Negara manakala Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa penghantar antarabangsa. Penemuan baru dan inovasi banyak berlaku dalam kedua-dua subjek ini dengan pantas dan untuk mencapai maklumat yang dikehendaki, penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mencadangkan dasar ini kerana beliau berpendapat kita makin ketinggalan dalam arus globalisasi.

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajianmengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008 berasaskan 3 kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid tahun 5. Menurut abstrak kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan bahawa guru Matematik dan Sains mereka masih menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar subjek-subjek ini. Lebih kurang70% murid menyatakan mereka tidak faham/ kurang faham pengajaran guru Matematik dan 80% guru Sains apabila Bahasa Inggeris digunakan dan mereka merasa sukar/agaksukar untuk mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Juga didapati bahawa prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains adalah rendah terutamanya item yang memerlukan mereka membaca arahan untuk menjawab dan soalan penyelesaian masalah berayat. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid melayu dan Orang Asli berbanding dengan murid India dan Cina.

Dapatan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai dan lebih mengeruhkan keadaan apabila ia menyusahkan dan melemahkan pembelajaran Matematik dan Sains murid, walaupun menunjukkan peningkatan yang sedikit dalam Bahasa Inggeris.

Kelemahan utama yang ditekankan dalam kajian-kajian ini ialah kelemahan guru berbahasa Inggeris yang menjadi punca kegagalan dasar ini. Selain daripada itu, kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid, ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistic untuk mengukuhkan keputusan kajian dan perlaksanaan. 

Satu memorandum yang telah diwujudakan pada penghujung tahun 2007 telah menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat sejajar dengan resolusipendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691)

“Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan bahasa di rumah dan di sekolah.”
Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, menyatakan bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin,baik di bandar mahupundi luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

5.0  RUMUSAN


Kebanyakan penyelidikan menekankan bahawa bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik. Apabila guru-guru sedar tentang perkara ini, mereka boleh membantu pelajar mengatasi salah faham tentang bahasa yang menjadi halangan untuk menyelesaikan masalah matematik berayat. Guru mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pengajaran yang jelas untuk membantu pelajar mengatasi kerumitan bahasa dalam matematik. Memahami bahasa digunakan dalam bilik darjah matematik membolehkan guru-guru untuk menyokong dan membantu pelajar untuk menangani masalahan yang berkaitan dengan bahasa. 
Posted on by Karmina Abdul Rahman | No comments

Kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

1.0  PENGENALAN

Akses secara umumnya merupakan proses atau cara untuk mencapai atau meperoleh sesuatu data dan maklumat atau capaian. Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025). Pada masa ini isu akses semakin meluas dan ditekankan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Namun terdapat banyak isu yang menjadi penghalang dalam menghapuskan jurang dan memberi peluang kepada rakyat dalam pendidikan terutamanya subjek matematik. Maka secara umumnya akses dalam bidang pendidikan ialah menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata
Rajah 1: Anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa 2013-2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) seperti yang digambarkan pada Rajah 1 telah menggariskan sebelas anjakan utama di mana anjakan pertamanya merupakan penyediaan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa yang perlu dilaksanakan oleh kementerian.

2.0  ISU TIDAK SAMA RATA DALAM PENDIDIKAN

Akses kepada pendidikan tidak sama rata kepada semua penduduk telah dikenal pasti kerana faktor-faktor berikut:

a.     Kedudukan sekolah
Pelajar yang berada di bandar lebih mudah menerima akses pendidikan berbanding bandar. Kemudahan yang disediakan untuk pelajar adalah lebih banyak dan lebih meluas penggunaannya. Walaupun sejumlah peruntukan telah dilaburkan bagi mengelakkan jurang antara pelajar bandaar dan luar bandar, namun masih terdapat banyak halangan dalam perlaksanaannya seperti tiada kemudahan elektrik dan jalur lebar yang meluas. Sekolah luar bandar juga berhadapan dengan masalah kurang guru mahir dalam opsyen yang diajar serta kekurangan guru yang ditempatkan di pedalaman.

b.     Latar belakang pelajar
­­Pelajar yang berlatar belakang ibu bapa yang berpendidikan pada kebiasaannya menitik beratkan pendidikan anak-anak. Mereka cenderung berkorban wang ringgit semata-mata menyekolahkan anak agar tidak ketinggalan dan setaraf atau lebih tinggi daripada pendidikan yang pernah mereka peroleh. Bagi pelajar yang berada di luar bandar kebanyakan mereka cenderung untuk menikmati cara hidup yang mereka selesa. Misalnya pelajar yang terbiasa dengan ibu bapa sebagai petani lebih meminati bidang pertanian berbanding ilmu lain. Mereka hanya gemar mendalami ilmu pertanian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan akses pendidikan dalam bidang pertanian di mana sekolah teknik dan vokasional menjadi laluan mudah untuk mereka yang meminati bidang ini.

c.     Status sosioekonomi
Status sosioekonomi menjadi penentu kejayaan akademik dan merupakan faktor utama yang berupaya mewujudkan jurang pencapaian murid. Peratus pencapaian pelajar dilihat semakin meningkat apabila pendapatan keluarga semakin tinggi dan rendah sekiranya ibu bapa miskin. Penerimaan pendidikan yang berkualiti dapat dilihat daripada hirarki sosial dan keadaan sosioekonomi penduduk di mana akses yang meluas diterima bagi mereka yang mempunyai taraf sosial yang tinggi berbanding mereka yang miskin. Golongan atasan yang berpendapata tinggi mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses pelbagai pilihan pendidikan sama ada daripada dalam mahupun luar negara.

d.     Pencapaian akademik
Sistem pendidikan negara menghadkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh serta universiti berdasarkan keputusan dan gred peperiksaan serta sekiranya pelajar aktif dalam bidaang kokurikulum. Akses pendidikan yang disediakan lebih cerah buat mereka dan lebih meluas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



e.     Minat pelajar
Pelajar yang berlatar belakang sosioekonomi rendah pada kebiasaannya tidak berminat untuk ke sekolah dan belajar. Oleh kerana mereka tidak dibiasakan dengan budaya ilmu maka minat untuk belajar tidak bercambah dalam diri mereka. Namun ianya dapat diatasi sekiranya terdapat akses pendidikan di dalam bidang yang mereka minati seperti bidang vokasional. Bagi pelajar yang sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang kerana minat mereka terhadap sesuatu bidang, peluang pendidikan terbuka luas untuk mereka sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah pembiayaan dan biasiswa disediakan buat mereka agar pendidikan yang diterima berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

f.      Jantina
Jurang pencapaian juga dilihat ketara jika dibandingkan keputusan peperiksaan lelaki dan perempuan. Akses pendidikan telah diberi secara sama rata namun akibat daripada jumlah wanita lebih tinggi daripada lelaki menyebabkan berlakunya jurang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Misalnya dalam bidang perguruan bilangan guru wanita lebih ramai berbanding guru lelaki.

g.     Kumpulan minoriti
Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa perbezaan di antara kaum atau etnik menyebabkan penyediaan peluang pendidikan tidak sama rata. Misalnya masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman. Walupun mereka mengikuti kurikulum yang sama seperti pelajar lain namun golongan minoriti ini kemungkinan mengalami masalah buta huruf sekaligus menjadi punca tiada minat untuk belajar.
3.0  STRATEGI KESAMARATAAN

Pendidikan dilihat sebagai cara untuk mengubah mobiliti sosial. Misalnya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga miskin berpeluang meningkatkan ekonomi mereka apabila dewasa dengan meraih pendapatan yang lebih lumayan hasil usaha mereka kerana berpeluang mendapat pendidikan yang tinggi. Maka tindakan awal perlu dilakukan. penyediaan agar kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti adalah bertaraf antarabangsa.

a.     Menanda aras tahap keberhasilan murid dan amalam pembelajaran yang terbaik diselaraskan mengikut sistem pendidikan berprestasi tingi.
Sistem pendidikan berprestasi tingi. Perlu diguna pakai agar pelajar Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Bagi meningkatkan ekonomi negara, setiap pelajar perlu dipastikan agar menguasai kemahiran literasi dan numerasi terutamanya dalam bidang matematik dan sains. Mereka akan diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan pendidikan yang berprestasi tinggi. Pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMMS perlu dipantau. Pentaksiran TIMSS dan PISA yang dijadikan sebagai penanda aras memungkinkan sistem pendidikan kita diiktiraf di peringkat antarabangsa.

b.     Melancarkan kurikulum yang memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi agar setaraf dan diiktiraf di peringkat antarabangsa
Kurikulum sekolah rendah dan menengah perlu dirombak semula agar lebih memberi tumpuan kepada  pengajaran berpusatkan murid dan mempelbagaikan pengajaran serta lebih penekanan kepada penyelesaian masalah.  Standard pembelajaran yang jelas perlu dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang bakal diperoleh oleh anak-anak mereka. Pelajar perlu dilatih untuk berfikir secara kritis dan mampu mengaplikasi kehiran yang dipelajari apabila diperlukan.  Maka penilaian yang diberikan di peringkat sekolah juga perlu memberi lebih tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

c.     Meningkattkan akses internet.
Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Ini kerana melalui pembelajaran jarak jauh, bukan sekadar pelajar mempunyai pilihan sumber yang lebih luas malah guru juga mempunyai akses kepada sumber yang mampu membantu proses pembelajaran dan pengajaran lebih berkualiti setaraf peringkat anarabangsa. Kemudahan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar.

d.     Meningkatkan peruntukan fizikal dan pengajaran kepada pelajar di luar bandar.
Pelajar orang asli serta daripada golongan minoriti perlu diberi bantuan tambahan supaya mereka menerima peluang pendidikan yang sama seperti pelajar lain tanpa perbezaam bangsa atau teknik. Kemudahan dan peralatan yang disediakan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat mereka untuk minat menimba ilmu dengan lebih mendalam. Pelajar disediakan guru yang telah dilatih untuk memahami keperluan mereka yang berada di luar Bandar.

4.0  KESIMPULAN

Sistem pendidikan semasa perlu meningkatkan keberhasilan pelajar. Melalui akses pendidikan yang disediakan setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Guru perlu meningkatkan keupayan agar bertaraf dunia yang diperluan bagi membantu keberhasilan pelajar seperti yang dihasratkan. Pihak kementerian sewajarnya berindak sebagai pemangkin perubahan dengan menguruskan dan membimbing warga pendidik ke arah kecemerlangan sekolah yang bertaraf antarabangsa.
Posted on by Karmina Abdul Rahman | No comments