Thursday, 17 December 2015
ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
1.0 PENGENALAN
Literasi
matematik ialah bagaimana pelajar mengakses matematik melalui bahasa, dan
dengan peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik
Rangka kerja
PISA mentakrifkan literasi matematik sebagai: ... Keupayaan individu untuk mengenal pasti dan memahami peranan yang
dimainkan oleh matematik di dunia , untuk membuat pertimbangan yang berasas dan
untuk menggunakan serta melibatkan diri dengan matematik dengan cara yang
memenuhi keperluan dalam kehidupan individu sebagai warganegara yang
konstruktif, mengambil berat dan reflektif.
( Thomson,
Cresswell & De Bortoli , 2004)
Matematik
merupakan bahasa, walaupun secara teknikal ianya bukanlah bahasa semulajadi
manusia tetapi ianya berbentuk formal, iaitu, bahasa binaan atau buatan manusia
sendiri. Kita menggunakan bahasa harian untuk mengajar bahasa Matematik. Kita
menghadapi masalah apabila kata-kata teknikal yang kita gunakan bagi sebahagian
bahasa matematik bercanggah dengan pemahaman setiap hari. ( Gough 2007).
Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum atau kita
kenali sebagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia menjadikan pelajar daripada
kaum Cina dan India kadangkala sukar
menterjemahkan kepada maksud yang yang mereka fahami. Ianya menjadi lebih parah
apabila sebilangan daripada mereka tidak tahu membaca dan buta huruf.
2.0 BEBERAPA
ISU YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA DAN LITERASI DALAM MATEMATIK YANG TELAH
DIKENAL PASTI :
Isu yang berkaitan dengan Bahasa dan literasi
dalam matematik dapatlah diringkaskan seperti berikut:
i)
simbol-simbol khusus dan ungkapan
dalam bahasa matematik.
-
simbol-simbol khusus serta ungkapan dalam bahasa matematik menjadikan
pelajr sukar mentafsir maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru.
ii)
penggunaan istilah bahasa
harian yang berbeza maksud di dalam
kelas matematik
-
Istilah Matematik pada kebiasaannya diterjemahkan
daripada perkataan dalam bahasa Inggeris. Contohnya perkataan 'change' memberi maksud yang khusus dalam
matematik tetapi dalam kehidupan seharian ianya membawa maksud yang tidak sama.
Ini menyebabkan penggunaan isilah di dalam bahasa Inggeris menjadikan pelajar
keliru sekiranya diguna pakai di dalam bilik darjah.
iii)
penyelesaikan masalah matematik
berayat
-
seperti yang kita sedia maklum soalan matematik yang
mempunyai ayat yang panjang merupakan soalan yang menyebabkan pelajar terbeban
dan tidak mahu menjawab soalan ini.
iv)
komunikasi di dalam kelas
matematik.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia menjadikan
Malaysia sebuah negara yang harmoni. Namun kadangkala pelajar daripada kaum
lain berasa sukar untuk berkomunikasi dengan kaum Melayu akibat daripada tahap
penguasaan yang lemah dalam Bahasa Melayu.
3.0 BENTUK
LITERASI BERKAITAN DENGAN MEMBACA DAN MENTAFSIR TEKS MATEMATIK, DAN MENGENAL
PASTI BEBERAPA TUNTUTAN LITERASI TERTENTU:
Bentuk literasi berkaitan dengan membaca dan mentafsir teks matematik
dan mengenalpasti beberapa tuntutan literasi tertentu dapatlah diringkaskan
seperti berikut:
i)
perkataan yang digunakan dalam konteks istilah
matematik tertentu, termasuk istilah seperti tessellation, dan kata-kata yang wujud di sekolah matematik dan
juga di dunia luar sekolah
ii)
Istilah spatial (contohnya: di atas, mendatar)
iii)
ungkapan ringkas dan tepat dalam matematik yang
boleh melibatkan ketumpatan leksikal yang ketara
iv)
masalah perkataan yang mewujudkan kerumitan melalui
penstrukturan semantik daripada soalan-soalan dan bukannya matematik.
(Zevenbergen, 2001)
3.1 Istilah yang berbeza dalam maksud antara konteks di luar
sekolah dan di dalam bilik darjah mewujudkan ketidakpastian atau kekaburan
Contoh
perkataan yang mampu membawa pehaman yang berbeza sekiranya diterjemahkan dalam
Bahasa Melayu.
T: Can you calculate the
volume of this box?
S: um .. [pause] .. no [has
a puzzled look]
T: Do you know what volume
is?
S: Yes, it is the button on
the TV.
a)
Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris sekiranya
diterjemahkan dalam Bahasa Melayu menjadikan ianya susah difahami kerana
memberi makna berganda.
b)
Bahasa matematik termasuk banyak perkataan yang
bunyinya sama seperti kata-kata dengan makna berlainan(atau homophones )
c)
Banyak kata-kata yang mempunyai ejaan perkataan yang
biasa digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi mempunyai makna yang berbeza dalam
istilah matematik
Mathematical term
|
Homophonic partner
|
Arc
|
Ark
|
chord
|
Cord
|
mode
|
Mowed
|
Pi
|
Pie
|
plane
|
Plain
|
serial
|
Cereal
|
Sine
|
Sign
|
Sum
|
Some
|
Adams, Thanagata & King, 2005
3.2
Perkataan yang digunakan untuk
empat operasi utama matematik.
Tout (1991), menyatakan bagaimana analisis perkataan
dan frasa yang digunakan untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian
menunjukkan kesukaran bagi menyelesaikan masalah dan mentafsir situasi dalam
kehidupan sebenar.
Contoh:
a.
Terminologi boleh
bertindih di antara beberapa operasi matematik.
The phrase ‘how many’ is commonly used to
indicate division as in ‘how many fives in 25?’ But what about ‘how many are
there between 5 and 25? Or ‘how many are five 25s?’ ‘How many’ can be used for
any operation, but many students recognise it as division.
b.
Selain daripada itu,
masalah lain ialah penggunaan pelbagai terminologi dan kata kunci dalam sesuatu
operasi.
Contohnya penolakan. Selain daripada perkataan
penolakan, terdapat banyak kata kunci yang memerlukan kita menyelesaikan soalan
menggunakan penolakan seperti kurang, di antara, singkirkan, kurangkan,
diskaun, diambil dan lain-lain lagi.
(Tout, 1991)
3.3 Masalah
Matematik Berayat
Pengetahuan
matematik boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu fakta, algoritma, konsep,
hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah merupakan
satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran
matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi
(Gagne, 1985). Pelajar diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru
melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian
masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Ianya menjadi masalah sekiranya
pelajar terdiri daripada mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Terdapat tujuh kategori kesilapan dalam aturan yang
berkaitan dengan penyelesaian masalah iaitu:
a.
membaca
b.
kemahiran kefahaman
c.
transformasi
d.
proses
e.
pengekodan
f.
kecuaian
g.
kurangnya motivasi
( Newman, 1977)
Zevenbergen (2001) menyatakan sebahagian besar
penyelidikan dilaksanakan adalah tentang masalah matematik berayat. Tiga
masalah utama dikenal pasti:
a.
Menukar soalan
Soalan-soalan ini melibatkan
proses di mana terdapat sesuatu peristiwa yang akan mengubah kuantiti.
b.
Menggabungkan soalan
Ini berkait dengan keadaan statik di mana terdapat
dua jumlah. Ini dianggap sama ada sebagai entiti berasingan atau berkaitan
antara satu sama lain.
c.
Bandingkan soalan
Ini melibatkan perbandingan dua
jumlah dan perbezaan antara mereka.
Menurut Martiniello (2008), beliau
mengesahkan betapa pentingnya kemahiran bahasa untuk memahami dan menyelesaikan
masalah matematik dalam penilaian yang berskala besar.
Oleh itu, pengajaran matematik
tidak lagi boleh dianggap sebagai berasingan daripada pengajaran bahasa. Penyelidikan ke atas persepsi
guru telah mendapati beberapa percanggahan dalam cara guru memberikan arahan
matematik (tidak berkaitan dengan bahasa) dan jenis penilaian matematik yang
mereka gunakan di dalam kelas mereka (penggunaan bahasa yang beraras tinggi). Guru
perlu menyediakan ‘scaffolding’ linguistik yang berterusan serta menggalakkan
pembangunan kemahiran membina makna matematik murid.
3.4 Cara
menangani masalah ini
Penting bagi pelajar untuk
diberi peluang dalam kemahiran melihat, mendengar, menggunakan dan menulis kosa
kata matematik. Pelajar di semua peringkat memerlukan peluang untuk mentafsir
terminologi yang wujud di dalam matematik dalam cara yang mereka memahami.
Selain itu, pelajar perlu dibantu dalam membina kemahiran visual dengan
menggalakkan mereka menggunakan gambar dan gambar rajah untuk membantu memahami
bahasa matematik.
4.0 MASALAH BAHASA PENGHANTAR DI NEGARA
MALAYSIA
Sudah jelas diketahui
bahawa di Malaysia masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dan
pelbagai sumber menjadi punca wujudnya masalah penghantar dalam pengajaran
Matematik.
Pengenalan
PPSMI iaitu pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah menyebabkan
berlakunya banyak perdebatan. Ianya kemudiannya dimansuhkan secara softlanding.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu atau Bahasa ibunda kepada Bahasa
Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan untuk memastikan sumber tenaga
manusia yang wujud pada masa akan datang sedia untuk bersaing dalam era
globalisasi yang penuh cabaran.
Seperti yang
diketahui ramai, Sains dan Matematik menjadi bidang asas dan berperanan penting
dalam kemajuan sesebuah Negara manakala Bahasa Inggeris pula menjadi bahasa
penghantar antarabangsa. Penemuan baru dan inovasi banyak berlaku dalam
kedua-dua subjek ini dengan pantas dan untuk mencapai maklumat yang
dikehendaki, penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan. Mantan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir mencadangkan dasar ini kerana beliau berpendapat kita makin
ketinggalan dalam arus globalisasi.
Pihak
Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajianmengenai kesan dasar
PPSMI pada April 2008 berasaskan 3 kali tinjauan soal selidik dan ujian
terhadap murid-murid tahun 5. Menurut abstrak kajian tersebut, lebih 80% murid
menyatakan bahawa guru Matematik dan Sains mereka masih menggunakan campuran
Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar subjek-subjek ini. Lebih kurang70%
murid menyatakan mereka tidak faham/ kurang faham pengajaran guru Matematik dan
80% guru Sains apabila Bahasa Inggeris digunakan dan mereka merasa
sukar/agaksukar untuk mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Juga didapati
bahawa prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains adalah rendah terutamanya
item yang memerlukan mereka membaca arahan untuk menjawab dan soalan
penyelesaian masalah berayat. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid
melayu dan Orang Asli berbanding dengan murid India dan Cina.
Dapatan
kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak
tercapai dan lebih mengeruhkan keadaan apabila ia menyusahkan dan melemahkan
pembelajaran Matematik dan Sains murid, walaupun menunjukkan peningkatan yang
sedikit dalam Bahasa Inggeris.
Kelemahan
utama yang ditekankan dalam kajian-kajian ini ialah kelemahan guru berbahasa
Inggeris yang menjadi punca kegagalan dasar ini. Selain daripada itu,
kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi
mengikut latar belakang sekolah dan murid, ketiadaan kelompok kawalan sebagai
alat perbandingan statistic untuk mengukuhkan keputusan kajian dan
perlaksanaan.
Satu
memorandum yang telah diwujudakan pada penghujung tahun 2007 telah menyentuh
satu laporan kajian UNESCO yang menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran
terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa
setempat sejajar dengan resolusipendidikan yang diluluskan oleh UNESCO
(1951:691)
“Berkenaan
kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama
yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting
supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai
bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan
penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan bahasa di rumah dan di
sekolah.”
Bill Templer,
seorang pensyarah kanan yang melawat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
menyatakan bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang
berpendapatan tinggi sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan
miskin,baik di bandar mahupundi luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan
pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka
tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.
5.0 RUMUSAN
Kebanyakan penyelidikan menekankan bahawa
bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran matematik. Apabila
guru-guru sedar tentang perkara ini, mereka boleh membantu pelajar mengatasi
salah faham tentang bahasa yang menjadi halangan untuk menyelesaikan masalah
matematik berayat. Guru mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam pengajaran yang
jelas untuk membantu pelajar mengatasi kerumitan bahasa dalam matematik.
Memahami bahasa digunakan dalam bilik darjah matematik membolehkan guru-guru
untuk menyokong dan membantu pelajar untuk menangani masalahan yang berkaitan
dengan bahasa.
Kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
1.0 PENGENALAN
Akses secara umumnya merupakan
proses atau cara untuk mencapai atau meperoleh sesuatu data dan maklumat atau
capaian. Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025). Pada masa ini isu akses semakin
meluas dan ditekankan dengan meluas dalam bidang pendidikan. Namun terdapat
banyak isu yang menjadi penghalang dalam menghapuskan jurang dan memberi
peluang kepada rakyat dalam pendidikan terutamanya subjek matematik. Maka
secara umumnya akses dalam bidang pendidikan ialah menghapuskan jurang dan
membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan
bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan
secara sama rata

Rajah
1: Anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa 2013-2025.
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM ) seperti yang digambarkan pada Rajah 1 telah menggariskan sebelas anjakan utama di mana anjakan
pertamanya merupakan penyediaan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa yang perlu dilaksanakan oleh kementerian.
2.0 ISU TIDAK SAMA RATA DALAM
PENDIDIKAN
Akses kepada pendidikan tidak sama
rata kepada semua penduduk telah dikenal pasti kerana faktor-faktor berikut:
a. Kedudukan sekolah
Pelajar
yang berada di bandar lebih mudah menerima akses pendidikan berbanding bandar.
Kemudahan yang disediakan untuk pelajar adalah lebih banyak dan lebih meluas
penggunaannya. Walaupun sejumlah peruntukan telah dilaburkan bagi mengelakkan
jurang antara pelajar bandaar dan luar bandar, namun masih terdapat banyak
halangan dalam perlaksanaannya seperti tiada kemudahan elektrik dan jalur lebar
yang meluas. Sekolah luar bandar juga berhadapan dengan masalah kurang guru
mahir dalam opsyen yang diajar serta kekurangan guru yang ditempatkan di
pedalaman.
b. Latar belakang pelajar
Pelajar
yang berlatar belakang ibu bapa yang berpendidikan pada kebiasaannya menitik
beratkan pendidikan anak-anak. Mereka cenderung berkorban wang ringgit
semata-mata menyekolahkan anak agar tidak ketinggalan dan setaraf atau lebih
tinggi daripada pendidikan yang pernah mereka peroleh. Bagi pelajar yang berada
di luar bandar kebanyakan mereka cenderung untuk menikmati cara hidup yang
mereka selesa. Misalnya pelajar yang terbiasa dengan ibu bapa sebagai petani
lebih meminati bidang pertanian berbanding ilmu lain. Mereka hanya gemar
mendalami ilmu pertanian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan
akses pendidikan dalam bidang pertanian di mana sekolah teknik dan vokasional
menjadi laluan mudah untuk mereka yang meminati bidang ini.
c. Status sosioekonomi
Status
sosioekonomi menjadi penentu kejayaan akademik dan merupakan faktor utama yang
berupaya mewujudkan jurang pencapaian murid. Peratus pencapaian pelajar dilihat
semakin meningkat apabila pendapatan keluarga semakin tinggi dan rendah
sekiranya ibu bapa miskin. Penerimaan pendidikan yang berkualiti dapat dilihat
daripada hirarki sosial dan keadaan sosioekonomi penduduk di mana akses yang
meluas diterima bagi mereka yang mempunyai taraf sosial yang tinggi berbanding
mereka yang miskin. Golongan atasan yang berpendapata tinggi mempunyai
keupayaan kewangan untuk menikmati akses pelbagai pilihan pendidikan sama ada
daripada dalam mahupun luar negara.
d. Pencapaian akademik
Sistem
pendidikan negara menghadkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh serta
universiti berdasarkan keputusan dan gred peperiksaan serta sekiranya pelajar
aktif dalam bidaang kokurikulum. Akses pendidikan yang disediakan lebih cerah
buat mereka dan lebih meluas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.
e. Minat pelajar
Pelajar
yang berlatar belakang sosioekonomi rendah pada kebiasaannya tidak berminat
untuk ke sekolah dan belajar. Oleh kerana mereka tidak dibiasakan dengan budaya
ilmu maka minat untuk belajar tidak bercambah dalam diri mereka. Namun ianya
dapat diatasi sekiranya terdapat akses pendidikan di dalam bidang yang mereka
minati seperti bidang vokasional. Bagi pelajar yang sentiasa mendapat keputusan
yang cemerlang kerana minat mereka terhadap sesuatu bidang, peluang pendidikan
terbuka luas untuk mereka sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah
pembiayaan dan biasiswa disediakan buat mereka agar pendidikan yang diterima
berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
f. Jantina
Jurang
pencapaian juga dilihat ketara jika dibandingkan keputusan peperiksaan lelaki
dan perempuan. Akses pendidikan telah diberi secara sama rata namun akibat
daripada jumlah wanita lebih tinggi daripada lelaki menyebabkan berlakunya
jurang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Misalnya dalam bidang perguruan
bilangan guru wanita lebih ramai berbanding guru lelaki.
g. Kumpulan minoriti
Terdapat
juga pandangan yang mengatakan bahawa perbezaan di antara kaum atau etnik
menyebabkan penyediaan peluang pendidikan tidak sama rata. Misalnya masyarakat
orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman. Walupun mereka mengikuti
kurikulum yang sama seperti pelajar lain namun golongan minoriti ini kemungkinan
mengalami masalah buta huruf sekaligus menjadi punca tiada minat untuk belajar.
3.0 STRATEGI KESAMARATAAN
Pendidikan dilihat sebagai cara
untuk mengubah mobiliti sosial. Misalnya, kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keluarga miskin berpeluang meningkatkan ekonomi mereka apabila dewasa dengan
meraih pendapatan yang lebih lumayan hasil usaha mereka kerana berpeluang
mendapat pendidikan yang tinggi. Maka tindakan awal perlu dilakukan. penyediaan
agar kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti adalah bertaraf
antarabangsa.
a. Menanda aras tahap keberhasilan
murid dan amalam pembelajaran yang terbaik diselaraskan mengikut sistem
pendidikan berprestasi tingi.
Sistem
pendidikan berprestasi tingi. Perlu
diguna pakai agar pelajar Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Bagi
meningkatkan ekonomi negara, setiap pelajar perlu dipastikan agar menguasai
kemahiran literasi dan numerasi terutamanya dalam bidang matematik dan sains.
Mereka akan diajar mengikut kurikulum yang digubal berdasarkan pendidikan yang
berprestasi tinggi. Pencapaian murid dalam pentaksiran antarabangsa PISA dan
TIMMS perlu dipantau. Pentaksiran TIMSS dan PISA yang dijadikan sebagai penanda
aras memungkinkan sistem pendidikan kita diiktiraf di peringkat antarabangsa.
b. Melancarkan kurikulum yang memberi
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi agar setaraf dan diiktiraf di
peringkat antarabangsa
Kurikulum
sekolah rendah dan menengah perlu dirombak semula agar lebih memberi tumpuan
kepada pengajaran berpusatkan murid dan
mempelbagaikan pengajaran serta lebih penekanan kepada penyelesaian masalah. Standard pembelajaran yang jelas perlu
dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang bakal diperoleh oleh
anak-anak mereka. Pelajar perlu dilatih untuk berfikir secara kritis dan mampu
mengaplikasi kehiran yang dipelajari apabila diperlukan. Maka penilaian yang diberikan di peringkat
sekolah juga perlu memberi lebih tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras
tinggi.
c. Meningkattkan akses internet.
Murid
akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Ini
kerana melalui pembelajaran jarak jauh, bukan sekadar pelajar mempunyai pilihan
sumber yang lebih luas malah guru juga mempunyai akses kepada sumber yang mampu
membantu proses pembelajaran dan pengajaran lebih berkualiti setaraf peringkat
anarabangsa. Kemudahan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian
di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar.
d. Meningkatkan peruntukan fizikal dan
pengajaran kepada pelajar di luar bandar.
Pelajar orang
asli serta daripada golongan minoriti perlu diberi bantuan tambahan supaya
mereka menerima peluang pendidikan yang sama seperti pelajar lain tanpa
perbezaam bangsa atau teknik. Kemudahan dan peralatan yang disediakan mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif sekaligus menarik minat mereka
untuk minat menimba ilmu dengan lebih mendalam. Pelajar disediakan guru yang
telah dilatih untuk memahami keperluan mereka yang berada di luar Bandar.
4.0 KESIMPULAN
Sistem pendidikan semasa perlu
meningkatkan keberhasilan pelajar. Melalui akses pendidikan yang disediakan setiap
kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Guru perlu meningkatkan
keupayan agar bertaraf dunia yang diperluan bagi membantu keberhasilan pelajar
seperti yang dihasratkan. Pihak kementerian sewajarnya berindak sebagai
pemangkin perubahan dengan menguruskan dan membimbing warga pendidik ke arah
kecemerlangan sekolah yang bertaraf antarabangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)